UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Big Stage S2 BM

Terselamat Kali Kedua, Dinda Permata Dedah Tonsil Ganggu Persembahan Big Stage 2019

Syafiqah Jalal 23/09/2019 | 06:24 MYT
Penyanyi Indonesia, Dinda Permata akui bersyukur kerana terselamat buat kali kedua dari tersingkir di Big Stage 2019.
Dinda berkata dia tidak menyangka perjalanannya di Big Stage 2019 pergi sejauh ini.
“Alhamdulilah masih ada rezeki saya untuk diberi kesempatan berada di dalam pertandingan ini.
“Jujur saya katakan, dengan keadaan saya yang tidak berapa sihat minggu ini saya sebenarnya sudah reda jika diumumkan tersingkir.
“Sebenarnya saya sudah mengeluarkan suara sehabis mungkin pada persembahan minggu ini tapi nampaknya ia tidak cukup memuaskan.
“Namun ternyata rezeki masih berpihak pada saya untuk kekal berada di Big Stage 2019,” katanya kepada Gempak.
Dinda ditemu bual selepas tamatnya konsert keenam Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.
Dinda diselamatkan daripada tersingkir oleh juri Judika yang membuat keputusan menggunakan imunutinya buat penyanyi indonesia itu pada minggu keenam.
Terdahulu Dinda pernah terselamat daripada penyingkiran selepas salah seorang peserta Aziz Harun menarik diri dari Big Stage 2019.
Pun begitu, Dinda mendedahkan kebimbangan keadaannya kini yang menghidap penyakit tonsil sehingga menggangu persembahan di konsert keenam malam tadi.
“Saya menghidap penyakit tonsil sejak kurang setahun yang lalu dan doktor pernah menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan namun ketika itu saya takut untuk melakukannya kerana bimbang menggangu kerjaya saya sebagai penyanyi.
“Kini keadaan saya semakin teruk, malah selepas konsert minggu lalu suara saya juga sudah tiada.
“Pada mulanya saya fikir saya hanya sakit tekak biasa tapi setelah melakukan pemeriksaan doktor mengesahkan tonsil saya semakin teruk dan saya perlu melakukan pembedahan segera.
“Disebabkan saya masih dalam pertandingan, doktor hanya memberi ubat untuk saya bertahan sehingga urusan saya di Big Stage 2019 selesai,” jelasnya.
Pada konsert malam tadi, Dinda membawakan lagu Anta Permana yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza serta sebuah lagu battle bersama Santesh iaitu Lagu Untukmu dari kumpulan Meet Uncle Hussain.
Pada minggu hadapan, tujuh peserta melangkah ke separuh akhir dan bakal menampilkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.
Penyanyi Dayang Nurfaizah diundang sebagai juri jemputan minggu ini bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Tersingkir #Big Stage 2019 #Dinda Permata #Penanyi
;