Dinilai Rosakkan Industri Seni, Iqbal Zulkefli Cuba Menyanyi & Mahu Famous: "Ini Bukan Jenayah"
Maliah Surip
17/02/2022 00:46 MYT
17/02/2022 00:46 MYT
Nama Iqbal Zulkefli menjadi trending dan buah mulut dalam kalangan karyawan hiburan tempatan serta netizen. Iqbal atau nama sebenarnya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, bagaimanapun bukan meraih publisiti secara positif, sebaliknya dihina, dikecam, dijadikan badut malah dipandang sebagai seorang yang tidak punya harga diri.
Persepsi-persepsi sedemikian dilontar karyawan dan pemerhati industri hiburan serta netizen selepas dia ‘menyerah diri’ menjadi salah seorang peserta dalam program realiti nyanyian, Big Stage 2022 yang sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Ahad pukul 9 malam.
Iqbal disifatkan sebagai tidak layak untuk berdiri sama tinggi dengan karyawan seni dan pihak yang memberi peluang kepadanya bersaing di pentas tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
Vokalnya sumbang, tiada bakat. Memang betul betul merosakkan industri seni tempatan.
Tapi Iqbal dengan tenang dan sopan punya semua jawapan yang dilontarkan #G The Untold Story kepadanya.
Ia termasuklah misteri kekayaan dan harta, ‘wayang’ bersama usahawan Dato Vida serta maruah diri sebagai seorang lelaki yang dilihat sedang mengejar sensasi dan entah apa yang dicari dalam industri seni.
GEMPAK: Siapa sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli? Anda ini apa? Usahawan? Usahawan yang menjual apa sebab produk anda tidak terkenal. Atau sebenarnya anda hanya menjual maruah diri yang sedang dipersenda?
IQBAL: Saya adalah seorang usahawan. Saya menjual serum yang pernah mendapat RM160,000 sehari sewaktu membuat jualan di Instagram. Selepas serum, tiga tahun kemudian saya menjual minyak wangi secara serius dengan jenama sama iaitu IBA.
Bila berbicara tentang isu, saya profesional dan tidak bercakap tentang produk. Saya menjaga semuanya dan tak mahu mengambil kesempatan sebagai peniaga. Saya melakukan pemasaran produk secara diam diam dan masuk di televisyen dan 10 sehingga 15 kali sebulan. Saya susah meniaga dan semuanya, saya tak beritahu.
GEMPAK: Kalau begitu saya tak nampak keperluan anda masuk industri hiburan jika anda mengatakan sudah boleh mengaut sehingga RM160,000 sehari hanya dengan menjual serum?
IQBAL: Saya masuk industri hiburan untuk famous. Saya mahu dikenali dan pernah berdoa ‘Ya Allah berilah saya dikenali orang sebab saya nak urusan saya mudah.’
Dan saya suka bermasyarakat. Bukan untuk dipuja. Pada mulanya (famous) memang saya yang buat dan dalam landasan yang betul, tapi kadang kadang kejujuran atau perasaan saya sekarang pun orang sudah tidak peduli bila sudah jadi terlalu viral.
GEMPAK: Okay apa yang anda mahu dalam industri? Publisiti murahan?
IQBAL: Sepanjang viral, saya tak pernah dapat keuntungan, followers ya bertambah. Tapi ya ia memudahkan saya masuk ke tv. Saya sudah lalui dan saya tidak boleh ubah lagi.
GEMPAK: Sekarang orang mengecam, mengutuk anda kerana masuk Big Stage dengan tiada bakat. Anda tak malu?
IQBAL: Malu, saya sedikit malu.
GEMPAK: Dari skala 1 sehingga 10, di mana julat atau bakat nyanyian anda?
IQBAL: Negatif, ya negatif.
GEMPAK: Jadi kalau sudah tahu tak berbakat, kenapa sanggup serah diri dan disifatkan sebagai perosak industri seni?
IQBAL: Pada mulanya saya tidak menerima tawaran menyertai Big Stage dua bulan lalu. Saya tidak mahu ikut serta sebab tahu saya tidak boleh menyanyi. Saya buta tempo, bukanlah buta sangat.
Tapi bila saya fikir balik, peluang ini bukan satu jenayah dan bukan satu kesilapan yang besar dan saya boleh belajar.
Bila orang cakap saya tak malu atau tak ada maruah, bagi saya tidak. Bagi saya maruah adalah apabila kita memperdagangkan diri kita ke arah yang mungkar.
Kalau nyanyian, saya sudah dapat tawaran dan peluang, saya hanya pergi dan tempuhi dan memang akan kalah. Kemampuan saya memang betul teruk tapi saya tak ambil kesan yang besar sebab akhirnya orang akan berbalik kepada akhlak kita.
Kemurungan
GEMPAK: Tak kemurungan ke kebelakangan ini kena kecam yang agak keterlaluan selama dua minggu dalam Big Stage?
IQBAL: Tidak (kemurungan), tapi saya stress untuk menyanyi sampai saya mengambil kelas nyanyian. Cikgu Syafi bantu saya dan beliau kata saya perlukan masa untuk belajar kerana memikirkan terlalu banyak hal lain sehingga tak boleh ingat tempo. Dari pengalaman dengan Cikgu Syafi, belajar dan saya fikir ‘oh seni berfikir pun ada dalam cara nyanyian’.
GEMPAK: Macam mana boleh bangun pagi dan keluar rumah? Tak sedih? Tak malu?
IQBAL: Kecaman memang keterlaluan. Saya sedih tapi saya anggap orang tak kenal saya yang sebenar. Orang anggap saya tak ada maruah tapi saya sudah di dalam gelanggang saya harus teruskan.
GEMPAK: Betul ke anda sedih?
IQBAL: Saya baca semua komen dan saya cuba untuk melawan dari rasa sedih. Semalam (kelmarin) saya duduk di sebuah kedai dan tak sangka tiba tiba air mata berjurai. Saya baru sedar sebenarnya saya sedih (dikecam). Saya ada perasaan juga sebenarnya, saya ingatkan saya kebal dengan kecaman orang.
GEMPAK: Atau sebab anda dibayar mahal?
IQBAL: Tak, saya tak kisah tentang duit. Saya tak kisah sebab saya sudah capai semuanya. Benda tidak salah, bila tua saya tidak akan ada peluang begini lagi. Saya anggap ini semua pelajaran.
GEMPAK: Bagaimana dengan pendapat dipergunakan?
IQBAL: Jangan kata dipergunakan, saya tak suka persalahkan orang lain. Saya yang setuju untuk sertai Big Stage. Saya sudah lama tak buat benda pelik pelik. Kecuali menyanyi.
GEMPAK: Masih mahu menyanyi?
IQBAL: Saya mahu terus menyanyi. Recording suara saya sebenar tanpa auto tune. Pitching, feel semua saya okay. Cuma tempo.
GEMPAK: Tetap nak buat lagu baru walaupun sedar suara tak sedap?
IQBAL: Ya dan saya akan keluar dengan single baharu, komposer dari Indonesia, yang membuat lagu Judika. Saya rasa orang sudah tidak kisah sebab mereka memang sudah judge saya begitu. Saya tahu dalam nyanyian, tahap saya begitu saja.
Jutawan & RM50 Juta
GEMPAK: Jika melihat portfolio anda, Iqbal adalah lepasan ASWARA. Berpendidikan. Tapi kenapa memilih untuk diperlihatkan seperti tidak berpelajaran?
IQBAL: Ya saya lulusan ASWARA dalam bidang penulisan seni. Saya seorang yang berpelajaran. Tapi Industri ini kadang kadang tidak adil untuk saya. Selama berbisnes, semuanya baik untuk saya. Tapi untuk konten yang viral sekarang, saya pun ada malu pastinya, tapi pada akhirnya saya tahu orang akan terima dan orang akan tahu tak semua bermula (kontroversi) dari saya.
GEMPAK: Cakap pasal maruah, bagaimana anda tenangkan keluarga?
IQBAL: Selepas ibu meninggal dunia, mungkin saya memberontak. Arwah ibu saja yang sangat mengenali saya secara mendalam. Keluarga saya tahu dan kenal saya jadi kami gelak gelak saja.
GEMPAK: Maaf ya Iqbal. Kita tak nampak bisnes anda. Ada yang kata anda mungkin buat money laundering?
IQBAL: Saya yakin saya tak lakukan money laundering. Saya tak suka nak war warkan kekayaan saya.
GEMPAK: Anda memang betul kaya?
IQBAL: Ya, saya kaya tapi bukan kaya raya. Saya jenis tidak suka menunjuk sebab itu semua privasi.
GEMPAK: Tapi boleh saya katakan anda masuk dalam golongan jutawan?
IQBAL: Saya mula bisnes usia sekitar 22 sehingga 23 tahun. Jadi saya jutawan empat atau lima tahun lalu. Saya masih ‘pam pam’ duit, ada juta juta, tapi tak sampai RM50 juta duit saya.
GEMPAK: Duit boleh membeli segalanya? Apa yang anda tak boleh beli dengan duit yang menghampiri RM50 juta itu?
IQBAL: Tak boleh. Duit tak boleh membeli masa. Duit tak boleh beli ibu saya dan beli hati orang. Saya bukan memperdagang wang dalam berurusan, tapi saya memang suka belanja orang makan sebab saya ada rezeki lebih.
GEMPAK: Hubungan anda dan Vida. Wayang atau benar benar mencintai beliau? Bagaimana perasaan anda terhadap beliau sekarang?
IQBAL: Ya saya memang mencintai beliau dan itu bukan wayang atau untuk konten. Cuma buat masa ini saya boleh kata sudah penat untuk berharap dan sudah move on. Saya pun sudah lama block beliau dari laman sosial saya. Hubungan kami memang tidak dalam keadaan yang baik seperti sebelumnya.

#Penyanyi
#Viral
#Kontroversi
#Datuk Seri Vida
#Cover
#Kelantan
#DSV
#Vida
#Gempak
#Usahawan
#G The Untold Story
#Iqbal Zulkefli
#Big Stage 2022