,
Big Stage S4

“Ini Yang Korang Nanti-Nantikan, Jadi Saya Dah Tersingkir Dah…” - Megat Rahim Tak Ambil Hati Jadi Target Netizen

Mya Amri
14/03/2022
00:49 MYT
Penyanyi dan juga bintang Big Stage 2022, Megat Rahim tidak ambil hati apabila sering menjadi sasaran netizen setiap kali terselamat daripada penyingkiran.
“Inilah yang korang nanti-nantikan, nak saya tersingkir kan jadi saya sudah tersingkir dah,” katanya spontan.
Bagaimanapun kata Megat, dia sendiri dapat merasakan bahawa dirinya tidak dapat melangkah ke konsert separuh akhir minggu hadapan.
“Memang saya dah jangka akan tersingkir sebab persembahan saya agak kurang baik, tetapi secara jujurnya berdasarkan perspektif saya, saya dah buat dan tunjukkan yang terbaik.
“Ada double penyingkiran itu saya tak jangka tapi bila diumumkan ada dua… Elica tak mungkin tersingkir jadi dari situ saya dah boleh agak.
“Tapi ini kan memang adat pertandingan jadi kami kena terima dan mungkin di luar sana banyak lagi rezeki yang luas,” katanya ketika ditemui Gempak.
Megat menyampaikan lagu Kelentang Kelentong nyanyian asal Hael Husaini ini mendapat markah sebanyak 62.2%.
BACA: Big Stage 2022: Tiada Rezeki, Dua Sekaligus! Syafiq Abdilah & Megat Rahim Tersingkir
Konsert suku akhir ini juga menyaksikanDanial Chuer memenangi Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up kategori Showmanship Paling Wow dan menerima hadiah berupa Wonderlab pelan langganan Wonderdewi Flexi Good Plan (1 tahun), Wonderlab Bel-Aek Siri dan Cuckoo P10 periuk serbaguna bernilai RM2,588.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).
Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hilang 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan, Yazmin Aziz Lebih Confident; “Selamat Tinggal Era Zaman Badan Chubby…”

gempak
15/12/2022
14:00 MYT
Yazmin Aziz dah kurus!
Laman Utama

Gagal Bayar Sewa, Tegar Septian Diusir Dari Rumah! - “Orang Tua Aku Mahu Tidur Mana…”

gempak
09/11/2022
11:00 MYT
Tegar Septian diusir dari rumah sewa
Laman Utama

Aisha Retno Dapat Ilham Lagu Sutera Sambil Ditemani Kucing - "Ia Tentang Permaisuri Jawa Yang Hatinya Dilukai Lelaki"

gempak
31/07/2022
10:44 MYT
Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.
Laman Utama

"Dah Tak Rahsia Dah!" - Lia Aziz Kini Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi

gempak
23/07/2022
06:21 MYT
Dengan satu lafaz, bintang Big Stage 2022, Lia Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu.
Laman Utama

"Janganlah Pakai Gelang, Seluar Ketat, Baju Seperti Rempit" - Iqbal Zulkefli Tegur, Minta Influencer Jaga Penampilan

gempak
11/07/2022
07:55 MYT
Penampilan kena jaga!