Kejutan! Datuk Seri Vida Diumumkan Sebagai Presiden Netizen Big Stage 2022
Izwan Isa
06/02/2022 13:24 MYT
06/02/2022 13:24 MYT
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida Diumumkan sebagai Presiden Netizen bagi program Big Stage 2022.
Vida menerusi footage berkata, dia mahu mulakan perjalanan baharu dan memohon maaf anda ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia.
"Saya mohon maaf andai terguris hati tersilap kata rakyat malaysia. Semoga kehadiran saya boleh beri inspirasi kepada peserta dan penonton setia.
"Terimalah saya seadanya, yang buruk itu daripada kekhilafan saya, yang baik itu dari Allah,” katanya.
Sementara itu, juara Gegar Vaganza 8 diumumkan sebagai Juri Juara manakala penyanyi dangdut popular, Mas Idayu diumumkan sebagai Juri Pedas.
Juri Juara merupakan selebriti yang pernah menjuarai sebarang pertandingan terbitan Astro.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Bug Stage pula disandang oleh Isha Norsham. Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).