“Nampaknya Aina Abdul Dah Ada Pesaing!” – Ramai Tak Suka ‘Make Up Futuristic’ Datuk Seri Vida, Ini Reaksi Empunya Diri
Fiza Kamarudin
14/03/2022 02:28 MYT
14/03/2022 02:28 MYT
Tampil dengan fesyen dan gaya berlainan setiap minggu, juri netizen Big Stage 2022 Datuk Seri Vida (DSV) nampak lebih berani pada konsert suku akhir malam tadi (Ahad).
Mengenakan solekan ala futuristic di wajahnya, ramai netizen meluahkan rasa tidak suka dengan gaya tersebut.
DSV pada konsert keenam Big Stage 2022 tampil berani dengan memakai bulu mata palsu dan melukis kening berwarna putih dipadankan dengan busana rona ‘electric blue’.
Walaupun dikecam kelihatan hodoh dan aneh, jutawan kosmetik ini tidak melenting sebaliknya profesional menjawab kritikan netizen menerusi aplikasi TikTok.
“Bertenang besties. Walaupun dikecam make-up hodoh, saya make-up ikut tema mingguan. Minggu ini tema ‘change 360’, jadi saya make-up lain dari kebiasaan.
“Saya make-up sendiri je ni, itu pun sempena video klip lagu baru saya. Ini look salah satu character dalam music video saya. Set the date 20/3 ini ya sayang,” katanya.
Dalam perkongsian terdahulu, DSV memuat naik video sekitar penggambaran video muzik lagu terbarunya berjudul Ku Ikhlaskan.
Menurut DSV, beliau tampil berbeza dalam muzik video kali ini.
Katanya lagi, proses rakaman muzik video Ku Ikhlaskan menelan belanja hampir setengah juta ringgit.
“Coming soon, Lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan. 360 darjah dari Dato Seri vida yang anda kenal. Rakaman mengambil masa 10 malam, music video lima hari dan menelan kos sebanyak RM400,000,” katanya.

Agaknya apa lagi fesyen yang akan dibawa oleh DSV di konsert Separuh Akhir di BigStage 2022 minggu depan?
Jangan lupa tonton Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104).
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang berentap di minggu separuh akhir ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.