Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Yang Terikut Mereka Berpuasa” – Elica Paujin Hormat, Segan Makan Depan Rakan Berpuasa

Mya Amri
30/03/2022 11:00 MYT
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadan menjelma dan juara Big Stage 2022, Elica Paujin tidak ketinggalan berkongsi kisah di bulan puasa.

Menurut Elica, dia sendiri pernah cuba untuk berpuasa bersama rakan-rakannya.

“Saya yang terikut mereka berpuasa sebenarnya. Saya juga menghormati mereka yang berpuasa, saya tidak boleh lah nak makan seorang tapi mereka semua sedang berpuasa.

“Jadi kalau saya mahu makan, saya akan pergi ke tempat lain. Saya memberikan sokongan penuh kepada sahabat-sahabat saya yang berpuasa,” katanya kepada Gempak.

Itu baru Elica, sebenarnya banyak lagi yang menarik akan dipaparkan dalam Gempak TV antaranya temu bual bersama Aisha Retno, Shila Amzah, Daniel Chuer dan juga Dr Hafiz.

Oh ya! Segmen Gempak Tanya, Gempak XKLUSIF dan Cik Rina pun ada juga tau.

Jangan lepaskan peluang menonton Gempak TV setiap Rabu, 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Di Gempak TV macam-macam info kita akan kongsikan! Cerita artis, filem baru, drama baru, program baru dan..macam-macam ada!

#Ramadan #Puasa #Gempak TV #Elica Paujin #Big Stage 2022