Big Stage S4

Sherry Alhadad Positif COVID-19, Peminat Mahu Come Back Next Week Bergabung Dengan Kak Lina Pom Pom - "Confirm Kebabom Dikkk!"

gempak
Amri Hassan
28/02/2022
03:59 MYT
Sponsor Banner
Sherry Alhadad Positif COVID-19, Peminat Mahu Come Back Next Week Bergabung Dengan Kak Lina Pom Pom - "Confirm Kebabom Dikkk!"
Ketiadaan Sherry Alhadad ketika konsert minggu keempat Big Stage 2022 pada Ahad akhirnya terjawab apabila pengacara itu disahkan positif COVID-19.
Memohon doa dari peminat, Sherry berjanji akan kembali mengemudi rancangan itu pada minggu hadapan.
"Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
"Insya-Allah kita jumpa minggu depan di konsert Big Stage. Thank you kakak ku sayang @iamellymazlein i love you so much. Uoalllsss memang power @alifsatar @iamellymazlein," ujarnya.
Hos konsert keempat Big Stage pada Ahad telah digantikan oleh Elly Mazlein bergandingan dengan hos tetap Alif Satar.
Meninjau ruangan komen, baik rakan selebriti mahupun peminat menitipkan doa agar Sherry kembali sihat dan muncul di konsert kelima Big Stage minggu hadapan.
Malah, ada juga yang mahukan Sherry bergandingan dengan Elly atau lebih popular dengan sapaan Kak Lina Pom Pom pada minggu hadapan pula.
"Oh, patutlah tak ada masa Big Stage. Ingatkan kakak dah resign," seloroh seorang pengguna.
"Get well soon. Dah lah next week Alif Satar pula tiada. Siapa pengganti hos Big Stage ya?" tanya pengguna lain.
"Next week bergabung pula dengan Kak Lina. Confirm kebabom dikkk," sahut pengguna lain pula.
Selain Sherry, salah seorang bintang Big Stage 2022, Sofiaa Marieylla turut tidak kelihatan pada konsert keempat.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlein, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
9 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024