Big Stage S4
Terhibur Tengok TokTi Terkejut Sendiri Sambil Beri Markah Peserta Big Stage 2022 - "Alahai... Gelak Pun Merdu Ni"
Keletah juri Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terlupa menutup mikrofon ketika sedang berkira-kira untuk memberikan markah kepada peserta mencuri perhatian netizen.
Berkongsi semula aksi comelnya yang sempat dirakamkan ketika siaran langsung Big Stage 2022 pada Ahad, Siti kelihatan terkejut sendiri ketika suaranya ketawa jelas kedengaran.
Puji netizen, biarpun spontan, aksi Siti itu disifatkan sangat lemah-lembut dan jika diulang berkali-kali boleh menghiburkan hati.
"Sendiri gelak sendiri terkejut," kata @annatashaabdullah.
"Terkejut tu comel betul," puji @fatinnadawiyah_.
"Aksi spontan yang cukup comel. Suka tengok. Gelak pun merdu," puji pengguna lain pula
Dalam hantaran sama, Siti turut menerangkan format pemarkahan dan penilaian yang dibuat beliau berdasarkan pengalaman kepada setiap peserta Big Stage 2022.
"Di Big Stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita lock markah terakhir.
"Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir.
"Ni la keadaan bila nak kena lock markah terakhir tu.. bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.
"Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian dan persembahan untuk minggu seterusnya," ujarnya.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aina Abdul.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Must-Watch Video