Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Big Stage: Sarah Suhairi Impikan Genre Balada & Pop

Asraf Aided
29/08/2018 11:53 MYT
Penyanyi remaja dan juga peserta Big Stage, Sarah Suhairi, 18, menjelaskan dirinya menyukai lagu bergenre balada dan pop serta mahu kedua-dua genre tersebut menjadi kekuatan utama dalam nyanyiannya.

Namun begitu, Sarah mengakui dia masih belajar dan berusaha untuk mencari keistimewaan dalam bidang nyanyian memandangkan dirinya masih baru dalam industri hiburan.

"Saya sangat suka lagu bergenre balada dan pop, namun begitu, saya tetap akan lakukan yang terbaik jika diberikan lagu genre lain dalam pertandingan Big Stage ini.

"Saya baru memulakan karier sebagai penyanyi selama lima bulan, sudah tentu masih terlalu banyak perkara yang saya harus pelajari.

"Setakat ini, saya memang meninati genre balada dan pop dan mahu menemui kekuatan saya dalam kedua-dua genre tersebut," kata Sarah.

Sarah ditemui di konsert minggu ketiga Big Stage bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad lepas.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Big Stage #Sarah Suhairi
;