Skip to main content

Selebriti

“Buat Apa Post Dekat Threads? Kalau Tak Puas Hati, Cakap Depan-Depan” - Jazmy Juma

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Jazmy Juma mengakui ada kekurangan diri dan kadang-kadang terlelap akibat keletihan ketika penggambaran, namun sentiasa memohon maaf jika melakukan kesilapan.
  • Jazmy menganggap dakwaan masalah disiplin yang dimuat naik di Threads sebagai tidak profesional dan lebih suka menyelesaikan isu secara bersemuka.
  • Jazmy kini membintangi drama 30 episod Yes! Captain Zul Aaryan yang diadaptasi daripada novel popular bersama pelakon lain seperti Anna Jobling dan Nafiz Muaz.
Advertisement

Pelakon, Jazmy Juma tampil bersuara susulan dakwaan yang dibuat oleh seorang rakan selebriti yang mengatakan dirinya memiliki masalah disiplin dan adab di set penggambaran.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Jazmy akui bahawa dirinya masih banyak kekurangan dan ada perkara yang berlaku di luar kawalannya.

Advertisement

“Saya manusia biasa dan kadang kala sebagai seorang pelakon kerja ikut masa. Saya bukan nak cakap saya pelakon bermasalah tetapi mungkin sebab saya terlampau penat dan kadang kala terlajuk tidur. Saya tak boleh nak kawal. Saya rasa setiap pelakon pernah melalui pengalaman itu,”katanya kepada Gempak.

Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, pada Jumaat.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu berkata bahawa kebiasannya dia akan memohon maaf kepada semua yang terlibat jika dirinya benar-benar melakukan kesalahan.

“Tetapi kalau saya sedar salah saya, saya akan minta maaf. Saya tahu ia akan merugikan masa orang di produksi. Tetapi kebiasaannya, pengarah akan cuba cari masa sesuai. Ia adalah teamwork dan toleransi,”ujarnya.

Sementara itu, Jazmy turut menyifatkan tindakan memuat naik dakwaan itu di Threads adalah amat tidak profesional, sebaliknya lebih baik jika berbincang secara berhadapan.

“Tak profesional.  Saya tak tahu kenapa ada yang begitu tapi saya akan terus berjumpa dengan orang yang saya rasa ada masalah dengannya.

“Nak post dekat Threads buat apa? Perhatian apa yang kau nak? Kita dah besar. Kalau tak puas hati, cakap sahaja depan-depan. Semua perkara boleh bincang.

“Perkara ini tidak ditujukan kepada sesiapa, hanya secara umum. Minta-mintalah saya juga tidak sebegitu,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jazmy turut membintangi drama Yes! Captain Zul Aaryan yang diadaptasi daripada novel popular dengan judul yang sama.

Selain Jazmy, drama 30 episod itu turut menampilkan Anna Jobling, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

Anda mungkin berminat dengan

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Shirt Women Design Niche Retro Hong Kong Style Shirt Satin Acetate Professional Fashionable Stand Collar Top Autumn

Shirt Women Design Niche Retro Hong Kong Style Shirt Satin Acetate Professional Fashionable Stand Collar Top Autumn

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement