Skip to main content

Selebriti

Bukan Buat Andaian, Ceddy Ang Minta Pekerja Pusat Beli Belah Ikut SOP - "Ini Penyalahgunaan Kuasa"

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Ceddy Ang mengulas isu pekerja pusat beli-belah yang menuduh wanita hamil mencuri tanpa bukti dan menuntut wanita itu menunjukkan buku pink sebagai bukti kehamilan.
  • Beliau menegaskan pekerja sepatutnya ikut SOP dengan menyemak rakaman CCTV dan bukannya terus menuduh tanpa bukti kukuh.
  • Ceddy juga faham kenyataan awal pusat beli-belah sebagai respons sementara, namun mengecam kegagalan latihan kakitangan yang menyebabkan kejadian memalukan itu.
Advertisement

Pengacara dan penyanyi, Ceddy Ang tampil mengulas mengenai isu pekerja di sebuah pusat beli belah terkenal yang didakwa menuduh seorang wanita sarat hamil mencuri tanpa bukti.

Menerusi Threads, Ceddy berkata pekerja tersebut sepatutnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian atau pertuduhan.

Advertisement

“Akak simpan barang apa dalam perut tu?'Simpan bayi lah, apa lagi.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kes disyaki mencuri adalah dengan menyemak rakaman CCTV, mengesahkan terlebih dahulu sama ada berlaku cubaan menyembunyikan barang, kemudian barulah membuat pemeriksaan. 

"Bukannya terus menuduh, kemudian menyuruh mangsa membuktikan dirinya hamil dengan menunjukkan buku pink.

Advertisement

"Kalau pihak anda yang menuduh seseorang mencuri, maka pihak andalah yang perlu mengemukakan bukti. Sejak bila beban untuk membuktikan tuduhan itu diletakkan kepada pelanggan? Inilah yang dikatakan sebagai penyalahgunaan kuasa," tulisnya.

Dalam masa sama, bekas peserta Malaysian Host Wanted itu turut memberi pandangannya mengenai kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pusat beli belah itu.

"Selain itu, saya faham ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan awal Lotus's. Namun, secara realistik dari sudut pengurusan krisis, mengeluarkan kenyataan awal sebagai respons sementara adalah perkara biasa. 

"Ia memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan fakta lengkap daripada cawangan terlibat, menjalankan siasatan dalaman dan memastikan sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan adalah tepat,"ujarnya.

Bagaimanapun, Ceddy menyifatkan tindakan pekerja di tempat kejadian itu sebagai mengecewakan dan tidak boleh diterima.

"Namun, apa yang benar-benar mengecewakan ialah kegagalan latihan kepada kakitangan di lapangan. Mengaibkan seorang wanita hamil hanya berdasarkan andaian adalah sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima," katanya lagi.

Terdahulu, seorang wanita berdepan detik memalukan apabila dituduh mencuri oleh pekerja sebuah pusat beli-belah tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut didakwa diminta menunjukkan buku rekod kehamilan (buku pink) bagi membuktikan dirinya benar-benar hamil kerana pekerja terbabit tidak mempercayai baby bump yang dimilikinya.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement