Skip to main content

Selebriti

Bukan Sekadar Barisan Pelakon Hebat, Ini Kelainan Mojoku Hilang Berbanding Filem Tempatan Lain

Bukan Sekadar Barisan Pelakon Hebat, Ini Kelainan Mojoku Hilang Berbanding Filem Tempatan Lain

Sekilas

  • Filem Mojoku Hilang gabungkan pelakon lama dan baru untuk beri pengalaman berbeza serta nostalgia kepada penonton.
  • Filem ini tampil dengan genre unik dan latar keindahan alam semula jadi Perlis, berbeza daripada filem aksi dan seram biasa.
  • Mengisahkan Adi yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk dapatkan semula lembu Mojo, dengan kisah cinta dan perjuangan menentang syarikat besar.
Advertisement

Bukan sekadar mempertaruhkan barisan pelakon hebat, Mojoku Hilang juga tampil membawa kelainan yang disifatkan mampu memberi nafas segar kepada penonton ketika pawagam kini dipenuhi filem aksi dan seram.

Ketua Studio Pemasaran & Pengedaran, Norsalvina Alwee berkata kekuatan filem itu terletak pada gabungan pelakon lama dan baharu yang mampu mengimbau nostalgia, selain menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton.

Advertisement

"Kekuatan filem ini terletak pada barisan pelakonnya. Kita dapat lihat gabungan pelakon lama dan pelakon terkini. Ia dapat mengimbau kenangan lama.

"Kalau kita lihat sekarang, banyak filem aksi dan seram. Jadi, genre ini akan memberi variasi kepada penonton dan kelainan apabila mereka datang ke pawagam," katanya.

Norsalvina berkata demikian ketika sidang media Mojoku Hilang yang berlangsung di TGV KLCC pada Isnin.

Dalam pada itu, Norsalvina berkata filem tersebut turut menyajikan pelbagai emosi, selain mengetengahkan keindahan alam semula jadi di Perlis yang jarang dipaparkan dalam filem tempatan.

"Filem ini juga sarat dengan pelbagai emosi. Kebiasaannya kita sering melihat latar bandar, tetapi kali ini Mojoku Hilang memaparkan keindahan alam semula jadi yang dirakam di Perlis," ujarnya

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati dengan Ayu, seorang gadis kampung yang lantang menentang syarikat miliknya.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Namron, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement