Skip to main content

Reviu

Bukan Sekadar Konsert, Nepathya Satukan Peminat Dalam Malam Penuh Memori

Bakar isteri

Sekilas

  • Kumpulan folk-rock legenda Nepal, Nepathya, mengadakan konsert sulung mereka di Zepp Kuala Lumpur yang disambut meriah oleh peminat sejak awal petang.
  • Konsert hampir dua jam itu menampilkan 17 lagu popular termasuk Koshi Ko Pani dan Sa Karnali dengan sokongan vokalis utama Amrit Gurung yang santai di pentas.
  • Selain persembahan hebat, kualiti bunyi dan tata cahaya yang mantap berjaya menyatukan komuniti Nepal serta memperkenalkan budaya mereka kepada penonton tempatan.

Penantian peminat muzik rock Nepal akhirnya terubat apabila kumpulan folk-rock legenda Nepal iaitu Nepathya telah mengadakan konsert sulungnya  di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seawal jam 5.30 petang, peminat  telah mula berkumpul di lokasi bagi menebus tiket dan menyaksikan sendiri persembahan yang dinanti-nantikan.

Suasana semakin meriah dengan kehadiran penonton yang tampil dalam pelbagai warna pakaian termasuk merah, putih dan biru.

Nepathya membuka tirai persembahan dengan lagu Koshi Ko Pani, disusuli sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi ruang dewan tersebut.

Vokalis utama, Amrit Gurung, juga tampil santai mengenakan pakaian denim biru berjaya mencuri perhatian sebaik sahaja muncul di atas pentas.

Sepanjang hampir dua jam lebih konsert berlangsung, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu mempersembahkan sebanyak 17 lagu termasuk karya popular seperti Chekyo Chekyo, Resham dan Sa Karnali yang turut dinyanyikan bersama oleh para peminat.

Selain kekuatan persembahan, aspek teknikal turut menjadi antara faktor yang menjadikan konsert ini lebih menghiburkan.

Kualiti bunyi yang jelas serta tata cahaya yang bijak bermain dengan mood dan suasana berjaya menambah impak pada setiap segmen persembahan.

Lebih daripada sekadar hiburan, konsert ini menjadi medan yang menyatukan komuniti Nepal di Malaysia, selain memperkenalkan keunikan muzik dan budaya Nepal kepada khalayak tempatan menerusi persembahan yang penuh bertenaga.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

[MURAH SEKALI] – 1 Pair High Quality Plain Color Stokings for Men & Women Free Size READY STOCK

[MURAH SEKALI] – 1 Pair High Quality Plain Color Stokings for Men & Women Free Size READY STOCK

Must Watch Video

Advertisement