Skip to main content

Viral

Bulan Ramadan Bakal Tiba, Ada 2 Sebab Ceddy Ang Nak Teruskan Berpuasa - “Ada Seorang Wanita Yang Beritahu Saya…”

Ceddy Ang

Sekilas

  • Ceddy Ang berkongsi rasa teruja untuk berpuasa Ramadan tahun ini seperti sebelum ini.
  • Dua sebab utama Ceddy mahu terus berpuasa adalah kerana siaran langsung sahur yang menjadi peneman pengikutnya dan video Ramadan yang memberi inspirasi kepada mereka yang berpuasa.
  • Ceddy berjanji akan terus berpuasa dan menyambut Ramadan dengan semangat pada tahun 2026 nanti.

Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dan personaliti media sosial, Ceddy Ang juga meluahkan rasa teruja untuk berpuasa. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Ceddy memberitahu terdapat dua sebab utama yang membuatkan dirinya ingin terus berpuasa seperti tahun sebelum ini. 

 

“Sebagai mana Ramadan hampir tiba mesti ada soalan daripada rakan Muslim saya ’tahun ini puasa lagi tak?’. 

 

“Anda tahu, selain daripada cuba mengekalkan rentak, dua sebab utama yang membuatkan saya ingin teruskan,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Ceddy berkongsi sebab utama iaitu siaran langsung (live) ketika bersahur pada tahun lalu menjadi peneman pengikutnya di laman sosial. 

 

Selain itu, video dia sepanjang Ramadan itu juga memberi inspirasi kepada mereka yang sememangnya diwajibkan untuk berpuasa dengan betul. 

 

“Satu, ada seorang wanita yang memberitahu saya siaran langsung (live) sahur harian saya menemaninya sepanjang Ramadan sebab dia tak ada orang untuk bersahur bersama. 

 

“Kedua, ada orang kata video saya memberi inspirasi kepada mereka untuk berpuasa dengan betul seperti yang sepatutnya. 

 

“Jadi, ya, 2026 pun sama la! Kita LOCK! Dan selangkah ke Bazar Ramadan!” kata Ceddy lagi. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement