Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Cari Masa Untuk Bersenam & Makan Makanan Sihat Antara Cara Chacha Maembong Jaga Badan - “Sedar Tak Sedar, Berat Pun Turun”

IMG 4633

Sekilas

  • Chacha Maembong kini lebih fokus kepada kesihatan selepas jadual kerja yang padat memberi kesan kepada tubuhnya.
  • Dia cuba bersenam dan memilih makanan sihat, termasuk membawa bekalan sendiri ke lokasi penggambaran.
  • Usahanya ini membantu menurunkan berat badan dan membuatkan dia rasa lebih sihat.
Advertisement

Dipuji semakin langsing, pelakon Chacha Maembong mengakui dia mula memberi perhatian terhadap kesihatan selepas jadual kerja padat memberi kesan kepada tubuh.


 

Advertisement

Menurut Chacha, dia akan mencuba mencari masa untuk bersenam selain memilih makanan yang sihat biarpun berada di lokasi penggambaran.


 

“Saya tak kata diet sepenuhnya, tapi saya mula kurangkan makan dan cuba amalkan gaya hidup lebih sihat.


 

Advertisement

“Sebelum ini memang sibuk sangat, tidur lewat, minum kopi setiap hari. Jadi bila ada masa, saya cuba bersenam dan makan lebih sihat walaupun di lokasi penggambaran,” katanya kepada Gempak.


 

Kata adik kepada pelakon Emma Maembong ini, usaha kecil seperti membawa bekalan makanan sendiri ke set sedikit sebanyak membantu mengekalkan kesihatan.


 

“Kalau tak sempat bersenam pun, sekurang-kurangnya saya jaga pemakanan. Saya bawa makanan dari rumah supaya lebih sihat.


 

“Sedar tak sedar, berat badan pun turun. Yang penting, saya rasa lebih sihat sekarang,” luahnya.


 

Untuk info, drama lakonan Chacha dengan pelakon Tracie Sinidol, Datuk Yusry dan Hariz Hamdan iaitu Dendam Seorang Mentua kini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Anda mungkin berminat dengan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

RIFOAM Walking Treadmill Indoor Running Walking Pad CAN FOLD Machine Ultra-Thin Home Exercise Physio Family Fitness

RIFOAM Walking Treadmill Indoor Running Walking Pad CAN FOLD Machine Ultra-Thin Home Exercise Physio Family Fitness

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

Must Watch Video

Advertisement