Skip to main content

“Cari Yang Baik Budi Sebab…” – Jazmy Juma Kongsi Kriteria Calon Isteri Idaman

Astro Gempak 306

Sekilas

  • Pelakon Jazmy Juma tidak menetapkan sasaran usia untuk berkahwin dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
  • Jazmy lebih suka menjalani hidup secara santai dan hanya akan berkongsi berita perkahwinan apabila tiba masanya.
  • Dia mengharapkan pasangan yang baik hati dan boleh memberi pengaruh positif dalam hidupnya.

Pelakon Jazmy Juma mengakui tidak menetapkan sebarang sasaran usia untuk mendirikan rumah tangga kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Jazmy atau nama sebenarnya, Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata dia lebih selesa menjalani kehidupan dengan mengikuti aliran kehidupan tanpa terlalu merancang perkara tersebut.

“Saya seorang yang ‘ikut saja proses’ (trust the process). Umur saya sekarang 28 tahun. Soal jodoh ni saya serahkan kepada Tuhan.

“Kalau Allah kata esok kahwin, saya kahwin. Saya tak mahu letak sasaran bila, sebab takut kalau tak jadi nanti orang tanya lagi.

“Saya lebih suka diam-diam, kalau dah sampai masa nak jadi, baru saya beritahu,” katanya.

Dalam masa sama, Jazmy turut berkongsi ciri-ciri wanita yang diharapkan menjadi pasangan hidupnya kelak.

“Yang baik hati, yang baik budi. Sebab bila dia baik, dia boleh jadikan saya baik juga.

“Sebab kadang-kadang saya sendiri pun akan terpesong daripada trek.

“Jadi bila pasangan kita baik, kita pun akan jadi baik juga. Kalau pasangan kita yang ‘sosial’, kita pun akan ikut juga buat benda yang tak okey.

“Jadi saya mengharapkan yang baik, yang tidak putus-putus, yang tetap akan ada,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement