,
Covid-19

"80 Peratus Pelanggan Tunda Majlis Kahwin" - Terhenti Bisnes Lepas Labur RM3 Juta, Mila Jirin Pasrah

ZULHILMI JALIL
19/05/2020
06:50 MYT
Penyanyi Mila Jirin yang juga merupakan pemilik syarikat perunding perkahwinan, Bizmilla, mengakui dia kini melalui episod yang cukup mencabar sepanjang hampir sedekad bergelar sebagai seorang usahawan.
Ini kerana, menurut Mila, dia tidak menyangka aktiviti perniagaannya akan tergendala akibat Covid-19 selepas melabur sebanyak RM3 juta menerusi projek bisnesnya yang dibangunkan di Johor awal tahun ini.
"Tiada siapa yang menjangka tentang Covid-19 dan PKP, tiada apa-apa perancangan awal dibuat terutama perancangan dari segi kewangan untuk menempuh Covid-19 ini.
"Di Bizmilla kami baru habis projek dewan baharu pada Januari lalu di Johor Bahru yang menelan bnelanja keseluruhan RM3 juta dan dua bulan selepas itu, PKP dilaksnaakan dan semua aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan.
"Segala perancangan tidak berjalan seperti dirancang. Ini antara momen yang mencabar buat saya sepanjang bergelar usahawan hampir satu dekad, saya pasrah," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurutnya lagi, rata-rata pelanggan yang sudah membuat tempahan juga terpaksa menunda majlis dan ada antara mereka yang membatalkan tempahan.
"Hampir 80 peratus majlis telah ditunda ke hujung tahun dan tahun 2021 dan hampir 20 peratus majlis dibatalkan.
"Pembatalan ini telah menjejaskan kewangan syarikat kerana banyak kos sudah dikeluarkan untuk menguruskan majlis kerana prosedur operasi standard kami membuat perisapan bermula seawal 4 bulan sebelum majlis," katanya.
Terdahulu, Mila mendedahkan bahawa dia kini menjalankan perniagaan kek dan pastri sebagai alternatif dalam meneruskan kelangsungan syarikat berikutan bisnes perunding perkahwinannya terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
BACA: "Saya Tak Nak Pekerja Saya Hilang Punca Pendapatan" - Mila Jirin Jual Kek Demi Survival Bisnes Perunding Perkahwinan Yang Terjejas Akibat...
Sehingga kini, Mila mempunyai hampir 100 kakitangan di bawahnya.
Saksikan program yang menampilkan Mila Jirin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

gempak
23/07/2024
05:50 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.
Hiburan

Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

gempak
09/07/2024
01:25 MYT
Lagi sekali nama pelakon Nonny Nadirah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila aktres itu mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.