Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Allahuakhbar! Dah Buka Mata” – Shuib Syukur, Abang Siti Sarah Dah Sedar

Mya Amri 13/08/2021 | 04:08 MYT

Pelawak dan pelakon, Shuib, 38, memanjatkan rasa syukur apabila abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat COVID-19, semalam.

Shuib memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu juga menunjukkan, Shuib bersama bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah membuat panggilan video bersama Firdous yang sudah boleh tersenyum.

“Allahuakbar! Allah Maha Besar! Syukur dah buka mata! Terima kasih pada yang mendoakan. Tapi kita sambung lagi doa untuk yang lain yang sedang bertarung nyawa,,kita nak semua orang kembali sihat! Balik jumpa keluarga. Amin… Syukur Ya Allah,” coretnya.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam coretan itu juga, Shuib turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhan buat mereka yang sedang bertarung nyawa akibat dijangkiti COVID-19.

Malam tadi, dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, Shuib memaklumkan doktor memberitahu paru-paru Firdous berada dalam kondisi sangat tidak baik.

#Shuib SepahTu #Shuib #COVID-19 #Alhamdulillah #Abang Siti Sarah #Dah Sedar
;