AME 2020 Salurkan Kutipan Terkumpul Undian SMS ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19
Fiza Kamarudin
27/03/2020 12:38 MYT
27/03/2020 12:38 MYT
Pihak produksi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) mengambil keputusan untuk menyalurkan kutipan terkumpul dari undian fasa kedua menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 dikendalikan oleh Sinar Harian.
Seiring dengan keputusan yang dibuat ini, kesemua kaedah talian undian fasa kedua bagi penganjuran AME 2020 juga akan ditutup secara rasmi pada 31 Mac 2020, Selasa, jam 6.00 petang.
Ini termasuklah undian menerusi kiriman SMS, mahupun di platform online www.anugerahmeletopera.com.my dan di aplikasi SYOK.
Kutipan yang bakal disalurkan adalah dari undian SMS sejak pembukaan fasa kedua yang bermula pada 3 Mac lalu sehingga tarikh tutup undian pada 31 Mac ini.
Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 akan dibuat selepas talian undian ditutup, mengikut kepada perancangan asal.
Pengumuman terkini berkenaan tarikh baharu, lokasi dan butiran lanjut mengenai penganjuran AME 2020 hanya boleh dibuat apabila situasi getir kemelut pandemik COVID-19 pada ketika ini kembali reda.
Pihak AME 2020 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kerana anda telah memberi sumbangan kepada Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 melalui kiriman SMS anda.