,
Covid-19

“Anjing, Kucing Bukan Penyebar Virus Kepada Manusia” - Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Mya Amri
07/04/2020
16:38 MYT
Masyarakat tidak perlu gusar dan khuatir berkenaan dakwaan kononnya haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing mampu menyebarkan wabak COVID-19 kepada manusia, lapor Awani
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam satu kenyataan hari ini berkata buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus COVID-19 pada haiwan mereka.
“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti dengan virus COVID-19, namun ia tidak berbahaya kerana virus ini hanya menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan tersebut.
“Virus pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” memetik kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, pemilik haiwan kesayangan yang mengesyaki dirinya terjangkit COVID-19 dinasihati mengasingkan diri dari haiwan kesayangan. Kenyataan itu menambah, walaupun kejadian jangkitan COVID-19 pada manusia amat tinggi namun kes di dalam haiwan kesayangan adalah terpencil kerana haiwan kesayangan didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.
Malah, pemilik haiwan kesayangan juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan.
Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.