Covid-19
"Apalah Maknanya Berhari Raya Bersama Kalau Tetamu Mula Gementar Sesama Sendiri" - Penerbit Drama Nur Cadang Larang Terus Aktiviti Ziarah
Penerbit drama Nur, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan agar kerajaan melarang terus aktiviti ziarah pada sambutan Aidilfitri nanti.
Pemilik produksi Radius One itu berkata, kelonggaran membenarkan sehingga 20 orang pada satu masa itu hanya akan mengundang keadaan lebih teruk lagi.
"Susah-susah haramkan sahaja peraturan boleh beraya tak lebih 20 orang tu Datuk. Tak ada maknanya boleh bersocial distancing (penjarakan sosial) kalau rumah sejenis apartmen kecil.
"Kalau mak pak kita tinggal kat PPRT pastu ada 20 orang sekali datang? Ko rasa? Social distancing ke tidak uols?Kelonggaran macam inilah lagi mengundang malapetaka sebenarnya.
"Macam mana kita nak pastikan tiada adegan peluk, cium, salam semua tu dalam rumah. Polis ada ke yang mengawal? Nak harapkan ahli keluarga memang tak lah," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat itu turut berkongsi paparan keratan berita melarang aktiviti bersalaman dan berpelukan ketika ziarah.
Katanya lagi, tiada apa yang terjejas sekiranya tahun ini perayaan disambut secara berbeza daripada kelaziman.
"Apalah maknanya berhari raya bersama kalau sesama tetamu mula gementar sesama sendiri. Hujung-hujung masing-masing akan lantakkan soal social distancing, penutup muka bagai tu. Orang sibuk nak makan ketupat beraya dia sibuk nak berface mask bagai. Jadi, risiko di situ ada Datuk.
"Lagipun kalau tak beraya bukannya boleh menjejaskan aktiviti ekonomi pun. Lainlah kalau ekonomi terbantut sama, abam fahamlah kenapa ada kelonggaran tu.
"Jadi, nak senang cerita pada hari raya tu diharamkan terus, tak pening kepala nak fikir itu ini boleh ke tak boleh ke tak. PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) terus pun bagus. Biar diam-diam semua duduk rumah masing-masing pakai baju raya tahun lepas sambil makan rempeyek dan tengok sarkas!," katanya.
Terdahulu kerajaan mengumumkan kebenaran untuk melakukan aktiviti ziarah tidak melebihi 20 orang pada satu masa.
Susulan pengumuman tersebut, pelbagai respons diterima dalam kalangan masyarakat yang bimbang akan muncul kluster baharu.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video