Covid-19

Arrian & Andra Tak Sabar Tunggu Baby Balik” - Patuh SOP Hospital, Tomok Terpaksa Tinggal Anak Di Rumah

gempak
Fiza Kamarudin
04/06/2020
22:51 MYT
Sponsor Banner
Arrian & Andra Tak Sabar Tunggu Baby Balik” - Patuh SOP Hospital, Tomok Terpaksa Tinggal Anak Di Rumah
Pelakon dan penyanyi Tomok, mengakui agak sedih tidak dapat membawa dua anaknya Arrian dan Andra ke hospital menyambut kehadiran adik perempuan mereka.
Tomok ketika dihubungi Gempak berkata, disebabkan anak ketiganya dilahirkan ketika Perintah Kawanlan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, dia terpaksa patuh kepada Prosidur Operasi Standard (SOP) ditetapkan hospital.
“Macam dulu ketika Andra dilahirkan Arrian boleh ikut ke hopital dan kami tidur sama-sama menemani ibunya di sini.
“Tapi disebabkan PKPB dan langkah berjaga-jaga kerana pandemik COVID-19 ini, kanak-kanak tidak dibenarkan berada di hospital.
“Kami juga tidak dibenarkan menerima pelawat yang ramai demi kesihatan bayi dan ibu,” katanya.
Bagaimanapun Tomok bersyukur kerana nenek Arrian dan Andra sudi menjaga anak-anaknya itu sementara dia dan isteri berada di hospital.
“Alhamdulillah, Arrian dan Andra dijaga nenek mereka. Mereka faham ‘baby’ dan mommy mereka belum boleh balik.
“Cuma mereka cakap mereka happy adik dah ‘keluar ‘ dan tak sabar nak jumpa,” katanya.
Katanya lagi isterinya dan bayi berada dalam keadaan sihat dan akan dibenarkan pulang ke rumah pada esok atau Ahad.
“Isteri dan puteri kami sihat. Kalau tak ada apa-apa esok atau lusa dah boleh balik dah,” katanya teruja.
Dalam pada itu Tomok memanjatkan rasa syukur kerana impian isterinya untuk menimang cahaya mata perempuan dimakbulkan Allah SWT.
“Lepas ni isteri saya dah ada geng! Rezeki daripada Allah, syukur.
“Nama baby pun dah ada, dan saya akan kongsikan kepada semua sedikit masa lagi, Insha-Allah,” tambahnya.
Bayi comel seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 1 tengah hari Khamis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live