Bayar Kompaun Guna Syiling dan RM1, Ayah Mengaku Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar PKP!
Sejak semalam tular di media sosial mengenai seorang wanita dipercayai petugas kaunter, yang tersentuh melihat seorang bapa yang membayar kompaun bagi pihak anaknya.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Rohaiza telah memuat naik mengenai perkara tersebut di laman sosial Facebook (FB)nya semalam.
Siti Rohaiza berkata, ketika bertugas di kaunter seorang bapa membawa sejumlah duit syiling dan wang kertas RM1 kerana anaknya berusia 18 tahun melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Terima bayaran kompaun pagi tadi daripada seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling??? Knp guna duit RM1. Jenuh iza nak mengira pagi tadi.
“Bila ditanya, jawapannya; "KOREK TABUNG"…Sentap hati ni dengar,” tulisnya kesal.
“Wahai anak-anak sekalian terutama yang masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah. Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai.
“Jangan mengada-ngada konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena, nah ko susahkan mak pak...Korang ingat senang nak cari duit???
“Iza doakan bila anak-anak ni da bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni...Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak,” tulisnya sayu.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 2000 tanda suka dengan 1600 perkongsian oleh warga FB.
Rata-ratanya berpendapat remaja tersebut bernasib baik kerana bapanya menabung dan boleh digunakan untuk tujuan ikat jamin.
Bagaimanapun ramai yang bersimpati terhadap bapa remaja tersebut kerana terpaksa ‘mengorbankan’ wang semata-mata untuk membayar denda sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan lebih baik.
Sumber: Facebook Siti Rohaiza