Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Covid-19

“Belum Buat Keputusan PKP Tamat Atau Dilanjutkan, Yang Pasti Perlu Elakkan Perhimpunan” - Noor Hisham

Mya Amri 22/04/2020 | 05:41 MYT
Tiada sebarang jaminan dapat diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan pada 28 April ini atau dilanjutkan, lapor Awani.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan seperti penjarakan sosial masih perlu dilaksanakan sekiranya PKP ditamatkan.
“Belum pasti PKP tamat atau dilanjutkan. Yang pasti kita perlu elakkan perhimpunan.
“Contohnya, kita ada pelajar-pelajar universiti, mereka ingin kembali. Kita kena pastikan tiada kesesakan berlaku di stesen sebagainya. Itu yang penting.
“Juga, kita pastikan amalkan penjarakan sosial antara satu individu dengan individu lain. Kerap mencuci tangan dan sebagainya,” tegasnya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini hari ini.
Tambah Noor Hisham, ketika ini pihaknya masih memantau data harian dan belum membuat keputusan sama ada PKP akan disambung atau tidak.
Sumber: Astro Awani
#COVID-19
;