Covid-19

Bermula 4 Mei Kedai Makan & Restoran Dah Boleh Dibuka Seperti Biasa, Tetapi Wajib Patuh SOP Ini!

gempak
Fiza Kamarudin
01/05/2020
04:51 MYT
Sponsor Banner
Bermula 4 Mei Kedai Makan & Restoran Dah Boleh Dibuka Seperti Biasa, Tetapi Wajib Patuh SOP Ini!
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Untuk pengusaha restoran dan kedai makan yang ingin beroperasi semula, ikuti SOP dan langkah mudah yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini:
  1. Pengusaha kedai makan/restoran sudah boleh pergi membersihkan premis masing-masing dan lain-lain alatan seperti meja dan kerusi makan serta perkakas dapur (pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak) juga membeli stok barang-barang mentah.
  2. Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
  3. Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini ditentukan pemilik premis restoran/kedai makan.
  1. Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
  2. Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.
  3. Beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.
  4. Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Tauke restoran/kedai makan pun kena pakai face mask.
  5. Pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.
  6. Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.
Perdana Menteri menambah, banyak kerja yang perlu dibuat sebelum premis makanan dibuka semula, namun ini penting untuk untuk memastikan supaya tiada pelanggan yang terkena jangkitan COVID 19.
SOP ini juga perlu dipatuhi oleh pengusaha makanan menggunakan food truck serta gerai-gerai makanan.
“Kalau semua dah buat begini, pelanggan-pelanggan boleh datang makan di restoran atau beli makanan dengan rasa selamat. Jika masih was-was, bungkus sajalah. Tak perlu makan di restoran. Ini mungkin lebih baik,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, di Putrajaya sebentar tadi (Jumaat).
Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.
Senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan COVID-19.
Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live