Covid-19
Bermula 4 Mei Kedai Makan & Restoran Dah Boleh Dibuka Seperti Biasa, Tetapi Wajib Patuh SOP Ini!
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Untuk pengusaha restoran dan kedai makan yang ingin beroperasi semula, ikuti SOP dan langkah mudah yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini:
- Pengusaha kedai makan/restoran sudah boleh pergi membersihkan premis masing-masing dan lain-lain alatan seperti meja dan kerusi makan serta perkakas dapur (pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak) juga membeli stok barang-barang mentah.
- Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
Perdana Menteri menambah, banyak kerja yang perlu dibuat sebelum premis makanan dibuka semula, namun ini penting untuk untuk memastikan supaya tiada pelanggan yang terkena jangkitan COVID 19.
SOP ini juga perlu dipatuhi oleh pengusaha makanan menggunakan food truck serta gerai-gerai makanan.
“Kalau semua dah buat begini, pelanggan-pelanggan boleh datang makan di restoran atau beli makanan dengan rasa selamat. Jika masih was-was, bungkus sajalah. Tak perlu makan di restoran. Ini mungkin lebih baik,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, di Putrajaya sebentar tadi (Jumaat).
Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.
Senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan COVID-19.
Foto: Google