Covid-19
Boleh Jadi Bahaya! Tak Perlu Sampai Simpan Tangki Oksigen Di Rumah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya
Melihat turun naiknya jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia sememangnya mengundang rasa bimbang dalam kalangan masyarakat.
Disebebabkan kebimbangan itu jugalah yang mendorong orang ramai memilih inisiatif untuk membeli dan menyimpan tangki oksigen di rumah kerana risau mengalami penurunan oksigen dalam badan sekiranya dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun adakah perkara itu wajar dilakukan? Ini penjelasan doktor pakar ENT, Dr Tengku Ezulia.
Menerusi coretan di akaun Instagramnya, doktor Tengku Ezulia memaklumkan tidak digalakkan menyimpan tangka oksigen di rumah melainkan mendapat persetujuan doktor kerana terdapat beberapa risiko antaranya:
“1. Anda mungkin mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit oksigen. Ada risiko seperti “oxygen toxicity” sekiranya menerima terlalu banyak oksigen. Kepekatan oksigen yang tinggi boleh merosakkan paru-paru kita. Sebaliknya, kalau kita tidak mendapat oksigen yang cukup ke dalam darah, keadaan yang dipanggil hypoxia, boleh merosakkan jantung, otak, dan organ-organ lain.
“2. Boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19 Kategori 4 (mereka yg mempunyai gejala, jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sedangkan mereka perlu dirawat di hospital dengan segera.
“3. Gas oksigen berfungsi sebagai pengoksida yang menyokong proses pembakaran. Maksudnya kalau ada kebakaran kecil bermula berhampiran silinder oksigen, ia boleh membuat satu letupan dan kebakaran besar. Lebih2 lg kalau ada objek mudah terbakar seperti petrol, aerosol, lilin, dapur gas di sekitar silinder oksigen sememangnya sgt berbahaya,” jelasnya.
Tambah Dr Tengku Ezulia lagi, adalah lebih baik sekiranya fokus terhadap tiga benda terpenting ini di rumah untuk pemantauan gejala iaitu:
1. Pulse Oximeter – Ukur Spo2 dan nadi
2. Blood pressure monitor – Ukur tekanan darah
3. Thermometer – Ukur suhu badan
Mengakhiri coretannya, Tengku Ezulia juga menasihatkan sekiranya terdapat bacaan yang tidak normal, segeralah mendapatkan nasihat doktor.
Semoga perkongsian Gempak ini dapat memberikan manfaat buat pembaca.
Stay safe guys!
Must-Watch Video