,
Covid-19

COVID -19: Hati-Hati Orang Nogori, KKM Kesan Sub-Kluster Baharu Di Rembau

Mya Amri
08/04/2020
22:41 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sub-kluster baharu COVID-19 di Rembau, Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan perhimpunan Sri Petaling, lapor Awani.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di daerah terbabit.
"KKM telah mengesan sebuah sub-kluster di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling.
“Ini merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti dalam daerah Rembau (Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar).
"Sehingga 8 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 27 orang yang telah dikenal pasti positif COVID-19, termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah," kata Dr Noor Hisham dalam sidang media, di sini pada Rabu.
Penularan COVID-19 dikawasan itu, kata beliau, dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah terbabit.
Mesyuarat itu dihadiri oleh kes indeks (kes ke-448) yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling.
"Guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat tiga generasi jangkitan.
“Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," tegasnya. Sehubungan itu, KKM, tegas beliau, memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan dalam memastikan rantaian COVID-19 diputuskan.
Setiap seorang anggota masyarakat, ujar Dr Noor Hisham, perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab dan tidak mengadakan sebarang perjalanan ke luar kawasan mahupun berkunjung ke rumah saudara-mara yang tidak sihat.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.