Covid-19
COVID-19: 21,468 Kes Baharu, Netizen Mohon Kuatkan Semangat – “Tak Tahu Sampai Bila Akan Pulih…”
Jumlah kes di Selangor masih lagi membimbangkan dengan mencatatkan 7,449 kes sekaligus menjadikan jangkitan tertinggi di negara ini.
Secara keseluruhan, jumlah kes baharu dalam negara hari ini direkodkan sebanyak 21,468 kes.
Menerusi akaun Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,363,683 juta jangkitan di Malaysia.
Sehingga 13 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,468 kes (1,363,683 kes)Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor -7,449 (498,741)WPKL - 2,183 (151,029)Johor - 1,485 (107,912)Sabah - 1,654 (101,685)Sarawak - 715 (85,318)Negeri Sembilan - 974 (83,444)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 13, 2021
Selain Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 2,183 kes, Kedah;1,807 kes, Sabah, 1,654 kes, Johor, 1,485 kes, Pulau Pinang, 1,316 kes dan Kelantan 1,088 kes.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di media sosial rata-rata netizen hanya mampu berdoa dan berharap situasi tersebut dapat dikawal.
Selain itu, mereka juga memberikan semangat antara satu sama lain supaya dapat bertahan dalam situasi getir seperti ini.
Semua kuatkan mental, kentalkan semangat, tak tahu sampai bila keadaan akan pulih mcm sediakala. Kalau pulih pun, bila-bila masa pandemik boleh dtg balik walau kadar vaksinasi dh 100%.Jimat dan jgn boros. Cuba utamakan perbelanjaan makan & barang dapur utk 3-6 bln akn dtg.— Rhys Barzinni (@ellmart88) August 13, 2021
Semalam, kes harian COVID-19 merekodkan 21,668 kes sekaligus merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.Daerah Klang ni, ramai juga eh penduduknya.Apa-apapun stay safe penduduk dan manusia yang mencari rezeki di daerah ini. Harapnya dengan vaksin diberi, mampu mengelak saudara dan saudari CAT 3, 4 & 5.— azht (@adamzul27) August 13, 2021
Kredit foto: Azrul Rafie
Must-Watch Video