Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

COVID-19: 2,717 Kes Baharu! Selangor, Sarawak Dan Kelantan Catat Lebih 500 Kes

Awani 24/04/2021 | 10:26 MYT
Jumlah kes positif baharu COVID-19 masih kekal empat angka dengan 2,717 kes baharu direkodkan pada 24 April menjadikan jumlah keseluruhan 390,252 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 768 kes diikuti Sarawak (570) dan Kelantan (518).
Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu, manakala Perlis pula merekodkan satu kes baharu.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri.
Selangor - 768 (127,260)
Sabah - 132 (57,538)
Johor - 126 (44,128)
WP KL - 240 (41,754)
Sarawak - 570 (27,319)
Pulau Pinang - 134 (18,945)
Negeri Sembilan - 27 (18,234)
Perak - 54 (14,324)
Kelantan - 518 (11,193)
Kedah - 34 (9,397)
Melaka - 30 (7,125)
Pahang - 22 (4,915)
Terengganu - 50 (4,002)
WP Labuan - 0 (2,442)
WP Putrajaya - 11 (1,321)
Perlis - 1 (355)
Sebanyak 2,292 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 365,900 kes.
Sebanyak 11 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,426 kes, manakala 272 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 124 menerima bantuan alat pernafasan.
#COVID-19
;