Covid-19
COVID-19: 5,150 Kes Baharu, Selangor Masih Lagi Tertinggi
Malaysia merekodkan 5,150 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Daripada jumlah kes baharu, Selangor menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 1,914 kes diikuti masing-masing Negeri Sembilan (607) dan Sarawak (570).
Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan kes positif paling rendah iaitu sebanyak enam kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ia menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 673,026 kes.
Kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah 9,020 kes pada 29 Mei lalu.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.
Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.
Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.