Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

COVID-19: 959 Jangkitan Baharu, Selangor Catat Kes Harian Paling Tinggi

ZULHILMI JALIL 09/12/2020 | 10:54 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat penurunan pada kes jangkitan harian Covid-19 hari ini kepada 959 kes sahaja berbanding semalam yang mencecah empat digit.
Daripada jumlah itu, Selangor menjadi negeri dengan kes harian paling tinggi sebanyak 277 kes diikuti Sabah (203) dan Kuala Lumpur (129).
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negara ini sebanyak 10,748 kes yang mana 127 daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 61 lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, sebanyak 1,068 pesakit dilaporkan sudah berjaya sembuh menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada jangkitan seramai 65,124 orang.
Dalam pada itu, berita duka buat negara apabila lima kematian direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan angka kematian mencecah 393 orang.
Sehingga kini, sebanyak 76,265 kes jangkitan virus Covid-19 dicatatkan di negara ini.
Infografik: KKM
#Virus #Kematian #Kesihatan #Jangkitan #COVID-19 #Kes #'Kementerian
;