Covid-19
COVID-19: Ini Senarai 39 Daerah Yang Diklasifikasikan Sebagai Zon Hijau!
Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkongsi lokasi di negara ini yang masih diklasifikasikan sebagai Zon Hijau.
Senarai itu disalurkan menerusi aplikasi Telegram rasmi MKN.
Berdasarkan informasi yang diberi, hanya 7 negeri saja yang terlibat.
Antaranya adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah Sarawak.
Jika mengikut daerah pula sebanyak 39 daerah kesemuanya.
Berikut adalah senarai penuh daerah yang diklasifikan sebagai Zon Hijau.
- 1. Kedah- Yan dan Pokok Sena
- 2. Kelantan - Tanah Merah, Jeli dan Machang
- 3. Terengganu - Hulu Terengganu
- 4. Pahang - Cameron Highland dan Rompin
- 5. Perak - Kampar
- 6. Sabah - Beluran, Keningau, Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Pitas, Tambunan, Tenom, Penampang, Kuala Penyu dan Tongod
- 7. Sarawak - Kapit, Sri Aman, Asajaya, Baram, Bau, Balaga, Dalat, Daro, Julau, Kanowit, Matu, Maradong, Pakan, Saratok, Song, Tatau, Lubuk Antu, dan Selangau
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video