Covid-19

COVID-19: Kes Baharu 20,546 Kes, Selangor Masih Merisaukan Dengan 7,307 Kes

gempak
Mya Amri
15/08/2021
09:02 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Kes Baharu 20,546 Kes, Selangor Masih Merisaukan Dengan 7,307 Kes
Kes jangkitan harian COVID-19 di Malaysia merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara ialah 1,404,899 kes.
Selangor kekal menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes.
Ini diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025). Dalam pada itu, di media sosial netizen rata-ratanya meluahkan rasa risau melihat jumlah kes yang masih mencecah 20,000 kes.
“This is virus. It moves when people moves,” komen @NepaRakat
“Tak dijangkiti COVID satu perkara yang kita patut bersyukur. Imagine 1.2 million rakyat Malaysia sudah dijangkiti COVID dan kita, Alhamdulillah masih lagi selamat. Stay safe,” tulis @realme173
Sebelum ini kes harian COVID-19 merekodkan 21,668 kes sekaligus merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.
Kredit foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live