Covid-19
COVID-19: Kes Peningkatan Mendadak, Kelantan Dikenakan PKP Bermula Esok
Susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Kelantan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri itu.
Perintah tersebut berkuat kuasa serta merta bermula esok (16 Januari) hingga Januari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes yang ketara di negeri itu sejak 14 hari yang lalu.
"KKM melaporkan berlaku peningkatan kes mendadak kluster dalam komuniti seluruh Kelantan ketika ini.
"Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.
"Sejak 10 Januari, purata kes harian meningkat sekitar 80 hingga 100 kes sehari manakala kes aktif turut meningkat mendadak daripada 328 kepada 891 kes," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di negeri itu kini dalam zon merah dan jingga.
Katanya, semua garis panduan dan SOP berkait arahan PKP yang diumumkan sebelum ini adalah terpakai.
Sumber / Foto: Astro Awani
Must-Watch Video