Covid-19

COVID-19: Malaysia Catat 11 Kes Kematian

gempak
Zulaikha Yusof
23/03/2020
06:11 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Malaysia Catat 11 Kes Kematian
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia mencatat satu lagi pertambahan kematian berkaitan COVID-19.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas orang setakat ini yang merupakan mangsa yang ke-1070.
Menurut Dr Noor Hisham, mangsa warganera Malaysia yang berusia 70 tahun mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari lalu.
Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac dan disahkan positif pada keesokannya dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada Ahad jam 9.05 malam.
Pihak Kementerian Kesihatan turut dimaklumkan bahawa mangsa merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live