Covid-19
COVID-19: Merisaukan! Jumlah Kes Baharu 17,236, Selangor Je Dah Catat 5,740 Kes
Malaysia merekodkan pertambahan kes harian COVID-19 sebanyak 17,236 kes yang menjadikan jumlah keseluruhannya sejak pandemik kini sebanyak 1,279,776 kes.
Jumlah di Selangor sahaja menyumbang sebanyak 5,740 kes dan ini diikuti Kuala Lumpur, 1,567 kes, dan Kedah sebanyak 1,328 kes.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor -5,740 (470,755)
WPKL -1,567 (141,971)
Johor - 1,232 (101,684)
Sabah - 1,247 (95,082)
Sarawak - 589 (81,917)
Negeri Sembilan - 1,215 (79,992)
Kedah - 1,328 (57,926)
Pulau Pinang - 908 (53,276)
Kelantan - 914 (50,347)
Perak - 935 (44,859)
Melaka - 360 (35,944)
Pahang - 604 (29,729)
Terengganu - 501 (21,197)
WP Labuan - 8 (9,719)
WP Putrajaya - 66 (4,544)
Perlis - 22 (834)
Sehingga 9 Ogos 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,236 kes (1,279,776 kes).Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor -5,740 (470,755)WPKL -1,567 (141,971)Johor - 1,232 (101,684)Sabah - 1,247 (95,082)Sarawak - 589 (81,917)Negeri Sembilan - 1,215 (79,992) pic.twitter.com/p40rp9kj4z— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 9, 2021
Sekadar info, negara kini berdepan gelombang ketiga COVID-19 dengan kemunculan varian baharu akibat daripada kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) bulan lalu.
Pada 6 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata trend peningkatan COVID-19 kini adalah kesan kumulatif daripada aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh itu
"Peningkatan kes ketika ini disebabkan kesan apa yang berlaku pada bulan lalu, termasuk tempoh inkubasi virus dalam komuniti.
"Kelonggaran PKP 3.0 serta sektor ekonomi untuk membantu rakyat, serta hari perayaan yang menyaksikan terdapat pergerakan rentas negeri membawa kepada peningkatan kes dalam tempoh dua hingga empat minggu ini," kata Dr Chong.
Tambah Dr Chong, peningkatan juga disebabkan oleh penularan varian Delta.
"Lebih banyak varian Delta juga menyebabkan peningkatan kes yang tinggi.
"Paling utama ketika ini adalah untuk memastikan kurangnya impak terhadap sistem kesihatan awam kita.
"Dua bulan lepas, kes di Lembah Klang menyumbang 60 hingga 70 peratus kes di Malaysia, sekarang turun 50-60 peratus.
"Jadi peningkatan juga berlaku di beberapa negeri ketika ini," jelasnya.
Bagaimanapun kata Dr Chong, KKM telah menambah kapasiti katil serta peralatan perubatan termasuk bekalan oksigen serta hospital medan dalam memastikan setiap pesakit dapat dirawat.
Must-Watch Video