Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Covid-19: Rakyat Tertunggu PC Covid 19 Hari ini, KKM Hanya Keluarkan Informasi 710 Kes Dicatatkan

ZULHILMI JALIL
23/10/2020 10:58 MYT
Tidak seperti biasa, buat pertama kalinya setelah beberapa minggu, sidang media mengenai update terkini Covid 19 tidak disiarkan sama ada di platform media sosial ataupun di kaca televisyen.

Sehingga pukul 6.15 minit petang tadi, bukan sahaja media malah seluruh rakyat Malaysia tertunggu tunggu sidang media yang biasa dijalankan.

Namun, dengan isu 'darurat' yang sedang bertiup kencang, keputusan kes Covid pada hari Jumaat (23 Oktober 2020) kembali dirilis lewat laman rasmi KKM.

Melalui tinjaun Gempak sebentar tadi, angka jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kes harian kepada 710 kes berbanding semalam iaitu sebanyak 847 kes direkodkan.

Menerusi laman twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), pihaknya memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 709 merupakan daripada kes tempatan, manakala satu lagi daripada kes import.

Sehingga kini, Sabah masih kekal berada di tangga teratas kes harian tertinggi dengan 528 kes direkodkan diikuti Selangor (62) dan Pulau Pinang (39).

Jumlah kes aktif di negara ini sebanyak 8,416 kes dengan 90 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 28 pesakit lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Begitupun, jumlah kematian harian meningkat kepada 10 orang hari ini berbanding semalam yang hanya merekodkan 5 pesakit meninggal dunia.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 214 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 467 pesakit yang dijangkiti virus tersebut dilaporkan berjaya sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 15,884 kes.

Jumlah kes sembuh itu bersamaan 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan di negara ini sehingga 23 Oktober iaitu sebanyak 24,514 kes.



Jadi, kepada anda semua, jangan lupa untuk terus mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan dalam memastikan kita semua berjaya memutuskan rantaian Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!



Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit Foto: Astro Awani

#COVID-19 #Kes