Covid-19

COVID-19: Selangor Negeri Paling Tinggi Kes Harian; Catat 1,810 Kes Jangkitan Baharu, 6 Mati

gempak
ZULHILMI JALIL
11/12/2020
10:51 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Selangor Negeri Paling Tinggi Kes Harian; Catat 1,810 Kes Jangkitan Baharu, 6 Mati
Selepas mencatatkan kes harian paling tinggi di negara semalam, hari ini Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat penurunan kes kepada 1,810 kes jangkitan baharu.
Daripada jumlah itu, Selangor masih menjadi negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 829 kes diikuti Sabah (532) dan Kuala Lumpur (132).
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negara ini sebanyak 12,734 kes yang mana 123 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 63 daripadanya perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, sebanyak 937 pesakit dilaporkan sudah berjaya sembuh menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada jangkitan seramai 67,173 orang.
Dalam pada itu, sebanyak enam kes kematian direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan angka kematian mencecah 402 orang.
Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 80,309 kes jangkitan virus Covid-19 dicatatkan di negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live