Covid-19
Dah Jumpa Individu Buang Wristband di KLIA, Memang Sengaja Tanggal Sebab Tak Nak Kuarantin!
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT) mengesahkan seorang individu yang baru pulang dari luar negara didapati menanggalkan gelang tangan di bawah perintah kuarantin Covid-19.
Pegawai Kesihatan (PKKT) Dr G Navindran berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu sudah tampil memberi keterangan di pejabatnya pada 21 Julai lalu.Menurutnya, lelaki terbabit turut didapati mengemukakan maklumat tidak tepat selain deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, bulan ini.
"Ketika disoal siasat, individu itu pada awalnya mendakwa tidak pernah ke luar negara sebelum ini.
"Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan semasa tiba di KLIA," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Navindran berkata, sehubungan itu siasatan terperinci dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Sebelum ini, tular beberapa gambar di laman sosial berkaitan tindakan individu yang memakai gelang tangan Covid-19 di tempat awam termasuk premis makanan di Perak dan Kuala Lumpur awal minggu ini.
Lebih malang, penemuan gelang tangan di KLIA dikatakan sengaja ditanggalkan oleh individu yang baru pulang dari luar negara dipercayai enggan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video