Covid-19

"Dah Kena Thumping Headache & Mild Breathing Problem" - Diddy Hirdy Cerita Pengalaman Lawan COVID-19 Di UK

gempak
Amri Hassan
30/03/2020
07:40 MYT
Sponsor Banner
"Dah Kena Thumping Headache & Mild Breathing Problem" - Diddy Hirdy Cerita Pengalaman Lawan COVID-19 Di UK
Penyanyi Diddy Hirdy mendedahkan situasi di bandar tempat tinggalnya di Cheshire, United Kingdom (UK) kini bertukar menjadi 'ghost town'.
Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Hilang itu bersyukur kediamannya terletak berdekatan dengan kedai yang menjual barangan keperluan harian.
"Setakat ini kes COVID-19 di UK sebanyak 17089 positive case, kematian sebanyak 1019 case.
"Kami duduk je rumah ikut perintah UK government. Keluar pun seorang, kalau ada urusan penting atau nak beli makanan.
"Nasib baik lah kedai runcit yang ada jual barang basah kat seberang jalan je ni. Tapi bila keluar, dah macam ghost town dah kat area kawasan rumah ni. Sunyi sepi!" ceritanya.
Namun, kata Diddy, biarpun mengambil langkah-langkah pencegahan maksimun, adakalanya dia berdepan kesakitan kepala dan terbaharu kesukaran bernafas.
"Setiap kali balik dari keluar rumah, mesti salah seorang kat rumah ni akan ada rasa nak demam walaupun Diddy balik terus melulu masuk bilik air dan mandi.
"Diddy dah kena thumping headache selama seminggu, 2 minggu lepas.
"Selepas hilang sakit tu, ada rasa very mild breathing problem sampai sekarang.
"Kalau ada bibit-bibit nak sakit, kami cepat-cepat makan ubat, mandi, makan strepsil, gargle air garam, minum air rebusan serai, halia bila rasa tu datang (apa sahaja cara yang ada untuk tak nak sakit, tapi tak la buat semua tu serentak)," tambahnya.
Terima kasih kepada yang bertanya khabar Diddy sekeluarga disini. Rasanya tak payah mention and you know who you are. Setakat ini kes COVID-19 di UK sebanyak 17089 positive case, kematian sebanyak 1019 case. Kami duduk je rumah ikut perintah UK government. Keluar pun seorang, kalau ada urusan penting atau nak beli makanan. Nasib baik lah kedai runcit yang ada jual barang basah kat seberang jalan je ni. Tapi bila keluar, dah macam ghost town dah kat area kawasan rumah ni. Sunyi sepi! Setiap kali balik dari keluar rumah, mesti salah seorang kat rumah ni akan ada rasa nak demam walaupun Diddy balik terus melulu masuk bilik air dan mandi. Diddy dah kena thumping headache selama seminggu, 2 minggu lepas. Selepas hilang sakit tu, ada rasa very mild breathing problem sampai sekarang. Kalau ada bibit2 nak sakit, kami cepat2 makan ubat, mandi, makan strepsil, gargle air garam, minum air rebusan serai, halia bila rasa tu dtg (apa sahaja cara yang ada untuk tak nak sakit, tapi tak la buat semua tu serentak). Kat sini kena call nombor utk kes COVID-19 ni tapi kena ada full symptoms atau dah teruk baru la ambulance dtg beri bantuan, belum tentu bawa terus ke hospital. Kita sendiri tak boleh pergi hospital, dan kemudahan untuk dapatkan test tiada melainkan dah sakit teruk (orang kat Malaysia patut bersyukur health care system kita masih lagi mampu berfungsi dengan baik setakat ini). Jadi, kami cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin. Apa boleh buat, senyum je la macam mamat kat dalam gambar ni, walau hati gundah gulana mengenang nasib disini.
A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on
Cerita Diddy lagi, dek peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di UK, pihak perubatan akan mengambil pendekatan untuk menghantar bantuan seandainya kes benar-benar serius sahaja.
"Kat sini kena call nombor untuk kes COVID-19 ni tapi kena ada full symptoms atau dah teruk baru la ambulance datang beri bantuan, belum tentu bawa terus ke hospital.
"Kita sendiri tak boleh pergi hospital, dan kemudahan untuk dapatkan test tiada melainkan dah sakit teruk (orang kat Malaysia patut bersyukur health care system kita masih lagi mampu berfungsi dengan baik setakat ini).
"Jadi, kami cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin. Apa boleh buat, senyum je la macam mamat kat dalam gambar ni, walau hati gundah gulana mengenang nasib di sini," ujarnya.
Diddy berada di UK sejak 2014 bagi menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang pengajian Industri Muzik di Universiti Liverpool.
Sekitar 2017, Diddy sekali lagi menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang muzik di University of Glasgow, Scotland.
Sekadar pesanan, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live