Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dah Tahu Ramai Macam Ni Baik Balik Cari Durian!” – Warganet Bimbang Bukit Broga Ditutup Kerana Pendaki Tak Ikut SOP

Fiza Kamarudin
22/06/2020 13:47 MYT
Hujung minggu lalu, tular tempat rekreasi popular Bukit Broga yang terletak di Semenyih dipenuhi pendaki.

Situasi terkini di Bukit Broga itu dikongsi seorang pengguna laman sosial di laman Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M).

Pengguna laman sosial tersebut memuat naik beberapa keping foto menunjukkan orang awam sedang beratur menanti giliran untuk mendaki.

Menerusi ruangan komen, ada warganet menjelaskan foto tersebut diambil ketika pendaki menunggu giliran pemeriksaan suhu badan dan membuat pembayaran sebelum dibenarkan naik ke puncak.

Bagaimanapun situasi tersebut mencetus kebimbangan ramai kerana rata-rata pendaki dilihat tidak mematuhi Prosidur Oprasi Standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan mengabaikan penjarakan sosial.

Rata-rata yang meninggalkan komen bimbang jika berkumpul beramai-ramai tanpa mematuhi SOP akan menyebabkan kluster Broga.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana sikap segelintir masyarakat yang tidak menggunakan kelonggaran diberikan kerajaan sebaiknya.

“Dulu China time awal-awal lockdown di buka, macam ni lah rupanya…Ramai-ramai pergi tempat rekreasi. Sekarang China dilanda third wave, korang nak ke kita jadi macam tu?,” tulis seorang warganet.

Selain itu, ada warganet yang turut menasihatkan orang ramai yang ingin mendaki Bukit Broga supaya datang sekitar jam 9 pagi hingga 10 pagi kerana bilangan pendaki yang agak berkurangan pada waktu tersebut.

“Tak payah pergi la kaalau dh ramai macam pesta...Aku duduk Semenyih pun tak pikir nak daki Broga lagi sbb dah tau orang ramai kat sana…Jikalau nak daki Broga juga, datang selepas pukul 9 pagi hingga 10 pagi sebab masa tu memang sedikit orang,” tulis seorang lagi warganet.

“Kalau dah macam ni elok balik je la, orang hiking nak hilangkan stress, kalau macam ni tambahkan stress dengan maki hamun korang lagi beratur sesak macam ni…

“Buanglah sangap nak hiking sangat tu, tunggu dah betul-betul clear zero penularan bebas barulah hiking.

“Lepas tu Broga Hill tutup sebab ramai tak ikut SOP!,” tulis beberapa warganet yang meluahkan kebimbangan di ruangan komen.
#Viral #Viral #PKPP #Bukit Broga
;