Covid-19

Dakwaan PKP Tahap 3 Akan Dilaksanakan Dari 15 April Ini? Jangan Mudah Terpengaruh Kerana....

gempak
Hanafis Haris
03/04/2020
08:23 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan PKP Tahap 3 Akan Dilaksanakan Dari 15 April Ini? Jangan Mudah Terpengaruh Kerana....
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 3.
Berita palsu tersebut viral sejak semalam.
Perkara itu sekali gus telah mengakibatkan keresahan orang awam dan suasana tidak senang masyarakat.
Menerusi mesej berkenaan, kerajaan dikatakan bakal melaksanakan PKP tahap 3 pada 15 April hingga 15 Mei.
"Tiada siapa dibenarkan keluar rumah. Barangan keperluan akan dihantar oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sila patuh arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa," kata mesej tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai diharap tidak mudah percaya dengan kenyataan palsu tersebut.
Malah, MKN mengingatkan, penyebaran berita palsu dan berita tidak sah akan dikenakan tindakan sewajarnya menurut perundangan.
Sumber: Telegram MKN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live