Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Darah Tom Hanks Akan Digunakan Untuk Kajian Vaksin Covid-19

Amri Hassan
27/04/2020 04:09 MYT
Darah milik pelakon Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson akan digunakan untuk membangunkan kajian vaksin Covid-19.

Pakar mendapati darah pasangan itu mempunyai antibodi yang diperlukan untuk melawan virus terbabit.

Pasangan itu antara individu berprofil tinggi yang terawal dijangkiti Covid-19 dan jatuh sakit ketika berada di Australia semasa pembikinan filem biopik Elvis Presley.

BACA: Tom Hanks Sahkan Dirinya dan Isteri Positif COVID-19

Selepas dirawat dan dikuarantin, pasangan itu akhirnya pulih dan dibenarkan pulang ke kediaman mereka di Los Angeles.

Semasa ketibaan mereka di Amerika Syarikat, Hanks, 63, dan Wilson, 63, terbabit dalam kajian perubatan untuk menentukan sama ada antibodi mereka berguna untuk saintis mencipta vaksin.

Kini pelakon Saving Private Ryan itu mengesahkan mereka dibenarkan untuk mendermakan darah kerana membawa antibodi yang diperlukan.

"Kami baru dimaklumkan kami merupakan pembawa antibodi itu.

"Tetapi buat masa ini prosedur itu belum lagi bermula. Kami bersedia untuk memberikan plasma secepat mungkin dengan harapan ia mampu membuahkan hasil," katanya kepada podcast Wait Wait... Don't Tell Me!.

Sumber: Todayonline
#COVID-19 #Tom Hanks #Darah
;