Covid-19
“DG Dan Frontliners Banyak Berkorban, Tapi Still Tak Give Up” - Netizen Mohon Jangan Kecam DG Hisham
Netizen menyatakan rasa kurang senang apabila ada pihak yang meletakkan kesalahan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham selepas kes harian naik mendadak.
Perkara itu juga menyebabkan nama atau kata kunci DG Hisham menjadi trending di media sosial.
Melihat topik hangat tersebut, rata-rata netizen memihak kepada DG Hisham dan juga petugas barisan hadapan.
Menerusi beberapa ciapan di Twitter, netizen membidas dakwaan tersebut dan menyatakan mereka tidak patut menyalahkan DG Hisham kerana petugas barisan hadapan ini masih lagi bertungkus-lumus berjuang memerangi COVID-19.
Malah netizen juga melabelkan kritikan yang diberikan itu sebagai mengarut dan tidak berasas.
Selain itu sesi sidang media yang berlangsung semalam juga menjadi perhatian apabila suara DG Hisham kedengaran sebak sewaktu menyampaikan laporan kes harian COVID-19.
Kes harian pada Selasa, 13 Julai 2021 dilaporkan mencecah jumlah 11,079 kes sekaligus menjadi yang tertinggi di Malaysia.
Kredit foto: Bernama
Must-Watch Video