“Doakan Saya Dan Adik-Adik…” – Yusuf Bahrin Positif COVID-19
Mya Amri
14/08/2021 06:45 MYT
14/08/2021 06:45 MYT
Pelakon, Yusuf Bahrin memaklumkan dirinya kini positif COVID-19.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Yusuf memberitahu dua adiknya, Yasser Bahrin dan Amin Bahrin juga turut dijangkiti.
“COVID-19 inside me and my brothers. Doakan saya dan adik adik saya yang positif COVID-19 juga . @yasserbahrin @aminbahrin. Stay safe everyone,” tulisnya.
Yusuf juga turut memuat naik foto yang merakamkan pergelangan tangannya dipakaikan gelang berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan yang mendoakan kesembuhannya daripada rakan artis dan peminat.
Antaranya Sherry Alhadad, Alif Satar, Siti Nordiana, Shiha Zikir, Zizi Kirana, Noryn Aziz, Farah Nabila dan Azza Elite.
Selain Yusuf, rakan artis lain yang turut dijangkiti adalah Jue Aziz, Aeril Zafrel, Fazli Zainal, ibu kesayangan Achey Bocey dan juga abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah.
Bagaimanapun, Aeril telah pun sembuh dari COVID-19 buat kali kedua dan menamatkan tempoh kuarantin kendiri bermula semalam.
Sama-sama kita dokan kesembuhan mereka yang dijangkiti COVID-19… Amin….