Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Doktor Kata Saya Demam Biasa" - Uqasha Senrose Negatif Covid-19

Amri Hassan
08/04/2020 10:00 MYT
Pelakon Uqasha Senrose lega apabila laporan ujian saringan Covid-19 yang diterima menunjukkan keputusan negatif.

Uqasha yang sebelum ini demam panas berpanjangan, disahkan bebas daripada wabak itu selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Jumaat lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang.

"Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya demam biasa, namun rasa bimbang tetap ada.

"Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Takut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Uqasha memuat naik entri di Instagram menunjukkan dia menjalani pemeriksaan Covid-19 melalui kaedah padu laju di sebuah hospital swasta.

Rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada virus berkenaan.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: BH Online
#Uqasha Senrose #Negatif #COVID-19
;