Covid-19

"Doktor Suntik Dengan Jarum Besar & Ambil Darah .." - Nabila Huda Bagi Nasihat 'Pedas' Kepada Individu Yang Masih Ingkar Arahan PKP

gempak
Zulaikha Yusof
06/04/2020
03:47 MYT
Sponsor Banner
"Doktor Suntik Dengan Jarum Besar & Ambil Darah .." - Nabila Huda Bagi Nasihat 'Pedas' Kepada Individu Yang Masih Ingkar Arahan PKP
Aktres Nabila Huda mengambil pendekatan berbeza untuk menasihati individu yang masih degil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia tidak menghalang orang ramai untuk keluar daripada rumah, malah dia mengajak mereka untuk pergi bercuti di hospital dan penjara.
"Saya nak beritahu pada rakan yang suka keluar rumah dan tanpa sebab. Tidak mengapa, jangan duduk rumah. Jadi, saya nak ajak anda pergi bercuti dengan daftar masuk di hospital. Seronokkan?
"Sebab di sana nanti tentu ada virus. Doktor suntik dengan jarum besar dan ambil darah. Kemudian buat pemeriksaan ujian dari hidung sampai tekak. Ya, anda teruja nak ‘check in’ hospital?
"Nak beritahu juga pada kawan-kawan yang suka langgar perintah, tidak apa. Langgar saja. Pergi ja, benda kecil ja," katanya menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG).
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Amy Search itu turut memberi gambaran sebenar berada dalam penjara yang mewajibkan untuk mencuci tandas sendiri.
"Saya tahu semua rindu nak bercuti. Sebab itu saya ajak ‘check in’ di penjara. Menarik tau. Saya dengar cerita, di sana, masuk saja kena tukar baju ungu atau oren, kalau tak silap dan kena pakai selipar.
"Masuk dalam, keadaan bangunan usang, gelap. Masuk jel pula, tidak ada tilam, bantal, televisyen, telefon. Menarik kan?
"Tandas pun kongsi dan cuci sendiri. Tak pernah lagi tau bercuti cuci tandas sendiri. Saya pasti ibu bapa anda akan bangga sebab pandai cuci tandas sendiri. Jadi, kepada kawan-kawan saya, jangan duduk di rumah," katanya lagi.
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 3,662 orang dengan 61 rekod kematian setakat 5 April.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live