Covid-19
Eina Azman Seminggu Demam, Buat Ujian Saringan Covid-19, Ini Keputusan Test...
Pelakon Datin Eina Azman memaklumkan keadaan kesihatan dirinya yang kurang baik akibat mengalami demam selama seminggu.
Menurut Eina, ekoran keadaannya itu, dia kemudian melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
"Assalamualaikum semua, harap semuanya baik-baik sahaja. Maaf tak dapat kongsikan video masakan kerana saya tidak sihat lebih kurang seminggu (demam).
"Sebagai langkah berjaga-jaga, saya dah buat ujian saringan Covid-19 dan alhamdulillah keputusan negatif," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Eina berkongsi foto dirinya yang berada di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Sekarang ini saya dalam proses nak pulih dan akan kembali semula dengan idea masakan untuk kamu semua.
"Doakan Eina cepat baik okay! Saya kamu semua dan terima kasih aras sokongan anda. Jaga diri dan stay safe," katanya.
Perkongsian Eina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar dirinya cepat kembali sembuh.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!