Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Fasa 1 PPN: Ini 11 Aktiviti Ekonomi Yang Dibenar Operasi Termasuk Kedai Elektrik, Elektronik dan Gunting Rambut

Mya Amri
15/08/2021 05:10 MYT
Kerajaan mengumumkan sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataannya hari ini berkata, pembukaan semula aktiviti ekonomi berkenaan akan berkuat kuasa bermula esok (16 Ogos 2021).

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Berikut merupakan 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1:

1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Bagaimanapun, bagi kedai barang kemas, kedai pakaian, fesyen dan aksesori serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan akan terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

Perkara itu termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.

Selain itu, perkhidmatan kedai gunting rambut hendaklah menyediakan perkhidmatan gunting rambut asas sahaja.

Selain itu Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination).

Perkara itu bertujuan untuk membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Beliau menegaskan maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

Selain daripada 11 sektor ekonomi yang tergaris dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan turut bersetuju untuk membuka 11 lagi sektor ekonomi tambahan bagi negeri-negeri Fasa 2.

Berikut merupakan pembukaan semula 11 sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 2:

1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
2. Kedai barangan terpakai;
3. Kedai bunga dan nurseri;
4. Kedai kraftangan dan cenderahati;
5. Kedai antik;
6. Kedai alat permainan;
7. Kedai permaidani;
8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain);
10. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi.
11. Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)

Untuk pengetahuan berikut merupakan negeri-negeri mengikut fasa yang ditetapkan:

FASA 1 – Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

FASA 2 – Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

FASA 3 – Perlis, Sarawak dan Labuan.

Kredit foto utama: Bernama
#Perdana Menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #Fasa 1 #PPN #Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara #Fasa Satu PPN #Sektor Ekonomi